INFORMASI KUALITI

SELAMAT DATANG KE BLOG PENGURUSAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH PAPAR. SEBARANG MAKLUMAT AKAN DIKONGSI BERSAMA ANDA

Rabu, 4 April 2012

PEMANTAUAN BERSEPADU KE SK KUALA PAPAR

03. April 2012 (Rabu) Sekolah Kebangsaan Kuala merupakan sekolah kedua pemantauan bersepadu PPD Papar. Pemantauan berfokus kepada semakan ke atas perlaksanaan aktiviti dan program sekolah, pengurusan rekod kurikulum, kokurikulum, HEM dan pentadbiran sekolah di samping pencerapan yang dibuat kepada guru-guru. Dalam ucapan Penutupan Pegawai Pelajaran Daerah Papar yakin kekuatan yang ada di sekolah mampu meningkatkan keputusan sekolah dan berharap kekurangan yang ada ditambahbaik. Peranan semua guru untuk memastikan kejayaan sekolah amat penting. Guru Besar Encik Mohd Fazdly Abdullah mahu semua guru SK kuala untuk membentuk pasukan yang boleh bekerjasama dan beliau akan cuba membawa SK Kuala untuk membuat lonjakan kecemerlangan walaupun beliau baru sahaja bertukar ke sekolah berkenaan. Hasil pembentangan merumuskan usaha bersama semua guru adalah penting, ketepikan semua perbezaan jayakan visi dan misi sekolah.

MESYUARAT PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PPD PAPAR

02 .April 2012 (Isnin) Mesyuarat Bil 1/2012 bagi perakuan markah (LNPT) dan calon Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk 49 buah sekolah telah diadakan. Tahun ini pengerusi Panel untuk PPD Papar ialah Encik Raisin Bin Saidin, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah. Beliau yang mempengerusikan mesyuarat memaklumkan tentang kriteria pemilihan calon APC dan peranan Pengetua/Guru Besar untuk menentukan markah yang layak dan bersesuaian diberikan kepada guru dan AKS. Beliau yakin pemberian APC kepada guru dan staf akan memotivasikan mereka untuk bekerja dengan lebih cemerlang.