03. April 2012 (Rabu) Sekolah Kebangsaan Kuala merupakan sekolah kedua pemantauan bersepadu PPD Papar. Pemantauan berfokus kepada semakan ke atas perlaksanaan aktiviti dan program sekolah, pengurusan rekod kurikulum, kokurikulum, HEM dan pentadbiran sekolah di samping pencerapan yang dibuat kepada guru-guru. Dalam ucapan Penutupan Pegawai Pelajaran Daerah Papar yakin kekuatan yang ada di sekolah mampu meningkatkan keputusan sekolah dan berharap kekurangan yang ada ditambahbaik. Peranan semua guru untuk memastikan kejayaan sekolah amat penting. Guru Besar Encik Mohd Fazdly Abdullah mahu semua guru SK kuala untuk membentuk pasukan yang boleh bekerjasama dan beliau akan cuba membawa SK Kuala untuk membuat lonjakan kecemerlangan walaupun beliau baru sahaja bertukar ke sekolah berkenaan. Hasil pembentangan merumuskan usaha bersama semua guru adalah penting, ketepikan semua perbezaan jayakan visi dan misi sekolah.
PENGURUSAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH PAPAR
Memaparkan maklumat yang berkaitan dengan Pengurusan untuk dikongsi semua Pengetua/Guru Besar, Guru, AKS dan warga sekolah daerah Papar.
INFORMASI KUALITI
SELAMAT DATANG KE BLOG PENGURUSAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH PAPAR. SEBARANG MAKLUMAT AKAN DIKONGSI BERSAMA ANDA
Rabu, 4 April 2012
PEMANTAUAN BERSEPADU KE SK KUALA PAPAR
MESYUARAT PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PPD PAPAR
02 .April 2012 (Isnin) Mesyuarat Bil 1/2012 bagi perakuan markah (LNPT) dan calon Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk 49 buah sekolah telah diadakan. Tahun ini pengerusi Panel untuk PPD Papar ialah Encik Raisin Bin Saidin, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah. Beliau yang mempengerusikan mesyuarat memaklumkan tentang kriteria pemilihan calon APC dan peranan Pengetua/Guru Besar untuk menentukan markah yang layak dan bersesuaian diberikan kepada guru dan AKS. Beliau yakin pemberian APC kepada guru dan staf akan memotivasikan mereka untuk bekerja dengan lebih cemerlang.
Isnin, 19 Mac 2012
MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SPM 2011 PERINGKAT NEGERI SABAH


Selasa, 13 Mac 2012
SEMINAR KEIBUBAPAAN DAN PELANCARAN GURU PENYAYANG PEJABAT PELAJARAN DAERAH PAPAR
10. Mac.2012 ( Sabtu ) Penganjuran seminar keibubapaan anjuran bersama Yayasan Sabah dan Pejabat pelajaran Daerah Papar telah dilaksanakan dengan jayanya. Seramai lebih kurang 700 orang ibubapa dan guru di daerah Papar berkesempatan mendengar ceramah yang disampaikan oleh Datuk Hj Ibrahim Saad, Pengarah Biro TataNegara Cawangan Sabah. Beliau menyampaiakn ceramah yang berfokus kepada peranan guru dan ibubapa untuk mencapai kejayaaan anak-anak.sikap keterbukaan dalam masyarakat dan percaya bahawa kejayaan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja sangat menarik perhatian para hadirin. Penganjuran seminar yang diselitkan dengan pelancaran Guru Penyayang yang berfokus kepada usaha KPM untuk mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan guru . Program yang dirasmikan oleh Datuk Rosnah Hj Abd Rashid Shirlin turut dihadiri oleh Tuan Hj Darus Nasir Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah dan Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeris Sabah, Puan HJh Maimunah Suhaibol.
Khamis, 8 Mac 2012
MAKLUMAN SKPM
8. Mac. 2012 : Ranking SKPM 2011 bagi SK/SJK di bawah SKPM NKRA New Deal dan kedudukan band sekolah telah dikeluarkan. Tuan/Puan boleh merujuk senarai ranking di PPD. Berdasarkan kepada maklumat yang ada terdapat 3 buah sekolah berada dalam band 5 dan selebihnya berada dalam band 3 dan 4. Bagi tahun 2011 tidak terdapat sekolah rendah di daerah Papar yang disenaraikan sebagai calon New Deal.
Rabu, 7 Mac 2012
KEPUTUSAN STPM 2011
7. Mac 2012 ( Rabu) Keputusan STPM 2011 telah diumumkan. Tahniah kepada pelajar, guru-guru dan warga sekolah yang telah berjaya menempah kejayaan. Semoga kejayaan yang dicapai akan terus ditingkatkan pada tahun 2012. Berikut adalah peratus lulus dan PNGK sekolah yang terlibat :
SEKOLAH PERATUS LULUS PNGK
SMK MAJAKIR 90.74 2.30
SMK BENONI 100 2.01
SMK TAKIS 95,74 2.08
SMK BONGAWAN 91.89
SMK KINARUT 81.08 1.68
SMKA LIMAUAN 95.24 2.16
keseluruhan 91.46 -0.37
PEMANTAUAN BERSEPADU KE SK PEKAN PAPAR
5. Mac. 2012 - Rombongan Pejabat Pelajaran daerah Papar telah mengadakan Pemantauan bersepadu ke SK Pekan Papar. Seramai 21 orang pegawai daripada semua unit yang diketuai oleh Encik Abidin Marjan telah melaksanakan pemantauan bermula jam 8.45 pagi sehingga .5.00 petang.Objektif pemantauan adalah untuk membantu pihak sekolah menambahbaik sistem pengurusan dan membantu melonjak prestasi sekolah. Sebagai sebuah sekolah impian adalah wajar potensi sekolah berkenaan digilap agar kecemerlangan yang pernah dicapai dapat diteruskan. Hasil dapatan pemantauan menunjukkan pihak sekolah telah berusaha dan bermotivasi untuk mempastikan kejayaan sekolah.
Dalam ucapan alu-aluan guru besar Encik Tajuddin Hasbollah merakamkan rasa bangga kerana menjadi sekolah pertama dipantau oleh PPD. Beliau yakin dengan ada pemantauan berkenaan banyak ruang dan peluang untuk pihak sekolah memperbaiki kelemahan yang ada. Beliau yakin semua guru SK Pekan Papar telah bersedia untuk membantu meningkat prestasi sekolah. Pegawai pelajaran dalam ucapan penutupan menegaskan bahawa tanggungjawab kepimpinan, peranan guru, peranan PIBG adalah menjadi perkara penting untuk menentukan kejayaan sekolah. Pihak PPD akan sentiasa memberikan sokongan kepada semua sekolah di daerah Papar dan memastikan kejayaan dan prestasi daerah Papar antara yang terbaik di negeri Sabah.
Langgan:
Catatan (Atom)