INFORMASI KUALITI

SELAMAT DATANG KE BLOG PENGURUSAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH PAPAR. SEBARANG MAKLUMAT AKAN DIKONGSI BERSAMA ANDA

Rabu, 7 Mac 2012

PEMANTAUAN BERSEPADU KE SK PEKAN PAPAR

5. Mac. 2012 - Rombongan Pejabat Pelajaran daerah Papar telah mengadakan Pemantauan bersepadu ke SK Pekan Papar. Seramai 21 orang pegawai daripada semua unit yang diketuai oleh Encik Abidin Marjan telah melaksanakan pemantauan bermula jam 8.45 pagi sehingga .5.00 petang.Objektif pemantauan adalah untuk membantu pihak sekolah menambahbaik sistem pengurusan dan membantu melonjak prestasi sekolah. Sebagai sebuah sekolah impian adalah wajar potensi sekolah berkenaan digilap agar kecemerlangan yang pernah dicapai dapat diteruskan. Hasil dapatan pemantauan menunjukkan pihak sekolah telah berusaha dan bermotivasi untuk mempastikan kejayaan sekolah.
Dalam ucapan alu-aluan guru besar Encik Tajuddin Hasbollah merakamkan rasa bangga kerana menjadi sekolah pertama dipantau oleh PPD. Beliau yakin dengan ada pemantauan berkenaan banyak ruang dan peluang untuk pihak sekolah memperbaiki kelemahan yang ada. Beliau yakin semua guru SK Pekan Papar telah bersedia untuk membantu meningkat prestasi sekolah. Pegawai pelajaran dalam ucapan penutupan menegaskan bahawa tanggungjawab kepimpinan, peranan guru, peranan PIBG adalah menjadi perkara penting untuk menentukan kejayaan sekolah. Pihak PPD akan sentiasa memberikan sokongan kepada semua sekolah di daerah Papar dan memastikan kejayaan dan prestasi daerah Papar antara yang terbaik di negeri Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan